Cara Semak Bil TNB Online

Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk semak bil TNB secara online tanpa perlu membazirkan masa untuk menunggunya sampai ke dalam peti surat setiap bulan. Umumnya, terdapat 2 cara mudah untuk anda semak bil elektrik secara online iaitu melalui portal rasmi myTNB & juga melalui applikasi myTNB di telefon pintar yang boleh anda download secara percuma sahaja.

Ramai yang tidak tahu, kewujudan servis semakan bil elektrik di website rasmi myTNB sudah lama tersedia untuk kegunaan pengguna. Caranya sangat mudah sebagaimana anda daftar diri untuk guna email & juga media sosial seperti Facebook.

Dalam dunia teknologi pada hari ini, boleh dikatakan hampir semua perkhidmatan tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan servis semakan bil secara online atau pun melalui applikasi di telefon pintar. Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, myTNB telah memperkenalkan applikasi myTNB yang boleh dimuat turun di Google Play atau pun di App Store.

Banyak kelebihan yang bakal anda nikmati sebaik membiasakan diri dengan menyemak bil elektrik TNB di laman webnya atau melalui applikasi myTNB. Teruskan membaca untuk ketahui kelebihan seorang pengguna dengan menggunakan semakan bil TNB secara atas talian & juga tutorial ringkas di bawah, cara-cara untuk daftar serta semak bil TNB menggunakan telefon pintar anda.

Kelebihan Guna Applikasi myTNB

  1. Boleh semak bil elektrik pada bila-bila masa
  2. Tuan rumah boleh semak kesemua bil-bil elektrik hanya dengan satu cara
  3. Tuan rumah boleh semak bil TNB penyewa rumah tanpa perlu bil di tangan
  4. Penyewa rumah boleh semak tunggakan & cas semasa bil elektrik tanpa perlu kertas bil di tangan
  5. Boleh buat pembayaran atas talian tanpa perlu beratur panjang di kaunter
  6. Tidak perlu lagi risau jika bil elektrik hilang atau lambat sampai

Cara Semak Bil TNB Online di Telefon Pintar Menggunakan Applikasi myTNB

Tidak kira sama ada anda seorang pemilik rumah atau pun penyewa rumah, anda boleh melihat bil semasa & tunggakan bil elektrik secara online melalui applikasi myTNB. Ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk semakan bil elektrik secara online dengan hanya menggunakan telefon pintar anda.

Langkah 1 – Download Applikasi myTNB

Pertama, anda boleh ke Google Store atau App Store di telefon pintar atau terus muat turun aplikasi tersebut melalui pautan di bawah ini.

  • Untuk Telefon Pintar Android – Sila download di Google Play
  • Untuk iPhone – Sila download di App Store

Langkah 2 – Daftar Sebagai Pengguna Untuk Kali Pertama

semak bil elektrik 12 digit
  1. Pilih “Register”
  2. Masukkan butiran di dalam ruangan yang diperlukan seperti nama, nombor IC & nombor telefon.
  3. Anda akan dapat nombor PIN melalui SMS untuk pengesahan. Masukkan nombor PIN ini untuk langkah seterusnya.

Langkah 3 – Tambah Bil TNB

Jika sebelum ini anda pernah daftar diri di TNB menggunakan nombor IC anda, secara automatik anda akan melihat bil-bil elektrik atas nama anda di dalam applikasi ini. Jika tiada apa-apa yang terpapar, anda boleh tambah & semak bil elektrik 12 digit di ruangan ini sahaja, dengan syarat pemilik akaun bil adalah nama anda.

cara-daftar-akaun-mytnb-online
  1. Masukkan nama akaun
  2. Klik butang hijau ‘Confirm’
  3. Notifikasi ‘Add Accounts Successful’ akan keluar di paparan
  4. Klik butang hijau ‘Get Started’

Langkah 4 – Tambah Akaun TNB

Jika dalam langkah 3, tiada akaun-akaun bil TNB yang terpapar secara automatik, anda boleh tambah dengan ikuti langkah dalam gambar di bawah ini. Untuk cara ini, anda juga mestilah pemilik rumah & nama pemilik akaun adalah nama anda sendiri.

Jika anda seorang penyewa rumah & nama bil TNB adalah atas nama tuan rumah, sila terus ke Langkah 5.

Kelebihan sebagai tuan rumah, walaupun anda mempunyai banyak rumah di atas nama sendiri, anda boleh lihat kesemua bil semasa & tunggakan bil elektrik hanya dari satu ruangan sahaja. Malah, ini adalah cara semak bil elektrik rumah sewa anda yang paling mudah & ringkas.

Sebagai pemilik rumah juga, anda tidak perlu lagi nak rungsing jika bil elektrik hilang & tidak sampai ke tangan anda. Penyewa rumah anda juga tidak boleh untuk menipu anda jika katakan bil elektrik rumah sewa sudah dibayar walaupun hakikatnya masih ada tunggakan.

cara semakan bil elektrik secara online
  1. Pilih & klik ‘Yes’
  2. Masukkan butiran seperti nombor akaun bil TNB, nama pemilik akaun & alamat seperti yang terdapat pada bil TNB yang diterima dalam peti surat setiap bulan. Untuk lebih mudah, anda juga boleh imbas barcode yang terdapat pada bil TNB untuk isi ruangan ini secara automatik.
  3. Klik butang hijau ‘Add Account’

Langkah 5- Cara Tambah Akaun ( Jika Bukan Pemilik Rumah)

Jika anda seorang penyewa rumah & bukannya pemilik rumah, sila lihat langkah-langkah di bawah ini untuk tambah akaun TNB anda.

Walaupun anda sebagai penyewa & bil elektrik rumah sewa bukan di atas nama anda, anda tetap bolek daftar tetapi mempunyai akses yang terhad. Anda hanya boleh lihat ruangan outstanding payment ( tunggakan bil elektrik) & current bill (bil semasa) sahaja.

tutorial-daftar-mytnb-secara-online
  1. Pilih & Klik ‘No’
  2. Pilih & Klik ‘No’
  3. Masukkan butiran seperti nombor akaun bil TNB, nama pemilik akaun & alamat seperti yang terdapat pada bil TNB yang diterima dalam peti surat setiap bulan. Untuk lebih mudah, anda juga boleh imbas barcode yang terdapat pada bil TNB untuk isi ruangan ini secara automatik.
  4. Klik butang hijau ‘Add Account’.

Langkah 6 – Semak Bil TNB Online

Selepas penambahan akaun berjaya dibuat, barulah anda boleh semak bil TNB secara online melalui applikasi myTNB ini.

  1. Pada halaman utama, pilih & klik ‘View Bill”
  2. Lihat bil TNB dalam bentuk PDF & tekan butang ‘Back’ untuk kembali ke halaman utama
  3. Kembali ke halaman utama.

Langkah 7 – Cara Bayar Bil TNB Secara Online

Seterusnya, jika anda ingin bayar bil TNB secara online menggunakan applikasi myTNB ini, sila ikuti langkah berikut.

cara-bayar-bil-tnb-secara-online
cara semak bil elektrik rumah sewa
  1. Pilih ‘Bills’
  2. Pilih ‘Pay’
  3. Pilih ‘Add Card’
  4. Isi butiran kredit kad anda & klik ‘Next’
  5. Masukkan kod pengesahan MSOS
  6. Bayaran berjaya & pilih ‘View Receipt’
  7. Paparan ‘Receipt’ sebagai rekod

Dengan adanya applikasi khas di telefon pintas sebegini, kerja melihat jumlah bil elktrik anda pada setiap bulan menjadi lebih senang & efisien. Hanya klik-klik pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menanti bil tiba di peti surat setiap bulan.

Semoga tutorial ringkas & cara-cara semak bil TNB secara online seperti di atas akan memudahkan anda untuk semak bayaran tertunggak serta cas semasa dengan lebih cepat serta pantas. Selamat mencuba.

Sila Share...