Bantuan Sara Hidup Fasa 2 – Semak Status Pembayaran Fasa ke-2 (28 Mei 2019)

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, pembayaran fasa ke-2 Bantuan Sara Hidup ( BSH ) untuk tahun 2019 adalah bermula pada 28 Mei 2019.

Dalam petikan Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan Pakatan Harapan akan teruskan program Bantuan Sara Hidup ( BSH ) dalam usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40), meringankan beban kos sara hidup harian. Dalam membuktikan keprihatinan pihak kerajaan, pembayaran BSH 2019 untuk fasa kedua akan dilaksanakan pada 28 Mei 2019 bersamaan hari Selasa.

Pembayaran BSH 2019 juga akan mengikut kategori BSH 2019 yang merangkumi bilangan anak tanggungan & juga nilai bayaran BSH 2019 yang bakal diterima.

Penerima BSH juga perlu kemaskini maklumat masing-masing pada portal rasmi BSH yang bermula 1 Februari 2019 & ditutup pada 1 Mac 2019. Untuk tempoh ini juga ( 1 Feb -1 5 Mac 2019), permohonan baru BSH 2019 juga boleh dibuat oleh orang awam & perlu memenuhi syarat kelayakan serta mengemukan dokumen sokongan yang telah ditetapkan. Proses kemaskini profil BSH 2019 juga boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDN yang terdekat. 

Tarikh pembayaran BSH 2019 mengikut Fasa;

  • BSH 2019 Fasa 1: 28 Januari 2019
  • BSH 2019 Fasa 2: 28 Mei 2019
  • BSH 2019 Fasa 3: Ogos 2019 (tarikh tepat akan diumumkan)

Fakta ringkas Pembayaran BSH 2019 Fasa Ke-2

  • Melibatkan 3.6 juta penerima BSH yang layak
  • Peruntukan untuk agihan kepada penerima BSH 2019 adalah RM 1.42 billion.
  • Pembayaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank masing-masing.


Jadual Tarikh Pembayaran BSH Fasa 2 2019

Proses pengagihan BSH fasa 2 tahun 2019 bermula 28 Mei 2019 akan mengikut kategori masing-masing seperti berikut;

  • Kategori 1: Pendapatan Isi Rumah RM 2000 & kebawah
  • Kategori 2: Pendapatan Isi Rumah RM 2001 – RM 3000
  • Kategori 3: Pendapatan Isi Rumah RM 3000 – RM 4000


Kategori 1 – Pendapatan Isi Rumah RM 2000 & kebawah

Bilangan Anak 0 1 2 3 4
FASA 1 RM300 RM300 RM300 RM300 RM300
FASA 2 RM300 RM420 RM540 RM660 RM780
FASA 3 RM400 RM400 RM400 RM400 RM400
JUMLAH RM1000 RM1120 RM1240 RM1360 RM1480


Kategori 2 – Pendapatan Isi Rumah RM2001 – RM3000

Bilangan Anak 0 1 2 3 4
FASA 1 RM300 RM300 RM300 RM300 RM300
FASA 2 RM150 RM270 RM390 RM510 RM630
FASA 3 RM300 RM300 RM300 RM300 RM300
JUMLAH RM750 RM870 RM990 RM1110 RM1230


Kategori 3 – Pendapatan Isi Rumah RM3001 – RM4000

Bilangan Anak 0 1 2 3 4
FASA 1 RM300 RM300 RM300 RM300 RM300
FASA 2 RM100 RM220 RM340 RM460 RM580
FASA 3 RM100 RM100 RM100 RM100 RM100
JUMLAH RM500 RM620 RM1240 RM860 RM980


Jadual Tarikh Pembayaran BSH 2019 Untuk Permohonan Baharu

Berita baik untuk permohonan baharu yang baru diluluskan & tidak menerima BSH 2019 Fasa 1. Bayaran Fasa 1 yang tidak diterima akan disekalikan dalam pembayaran BSH 2019 Fasa 2. 

Ini bermakna, akan ada penambahan RM 300 untuk jumlah agihan BSH Fasa 2 bagi pemohon yang tidak dapat bantuan ketika agihan BSH Fasa 1 pada 28 Januari 2019.

Berikut adalah jadual-jadual pembayaran untuk permohonan baharu. 


Kategori 1 – Pendapatan Isi Rumah RM 2000 & kebawah

Bilangan Anak 0 1 2 3 4
FASA 1
FASA 2 RM600 RM720 RM840 RM960 RM1080
FASA 3 RM400 RM400 RM400 RM400 RM400
JUMLAH RM1000 RM1120 RM1240 RM1360 RM1480


Kategori 2 – Pendapatan Isi Rumah RM2001 – RM3000

Bilangan Anak 0 1 2 3 4
FASA 1
FASA 2 RM450 RM570 RM690 RM810 RM930
FASA 3 RM300 RM300 RM300 RM300 RM300
JUMLAH RM750 RM870 RM990 RM1110 RM1230


Kategori 3 – Pendapatan Isi Rumah RM3001 – RM4000

Bilangan Anak 0 1 2 3 4
FASA 1
FASA 2 RM400 RM520 RM640 RM760 RM880
FASA 3 RM100 RM100 RM100 RM100 RM100
JUMLAH RM500 RM620 RM1240 RM860 RM980


Semakan Status Permohanan BSH 2019

Setiap status permohanan Bantuan Sara Hidup 2019 ( BSH 2019) boleh disemak secara online di laman web rasminya. Terdapat dua kategori umum bagi Bantuan Sara Hidup (BSH 2019) iaitu untuk mereka yang berkeluarga (Isi Rumah) & juga Bujang.

Cara semakan status Permohonan BSH 2019 untuk kedua-dua kategori ini adalah sama sahaja seperti berikut. 

Cara Semak Status Permohonan BSH 2019 Untuk Isi Keluarga & Bujang

Langkah 1 – Masukkan nombor IC pemohon BSH 12 digit

Klik pautan ini (permohonan berkeluarga) atau pautan ini ( permohonan bujang) untuk ke bsh.hasil.gov.my & masukkan nombor IC / MyKad 12 digit ke dalam ruangan yang disediakan. 

semakan permohonan bantuan sara hidup

Langkah 2 – Mohon nombor TAC

Klik butang ‘Mohon TAC’ untuk dapatkan nombor TAC yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang telah anda daftarkan ketika proses permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH 2019) dahulu.

cara semak lulus bantuan sara hidup 2019

Langkah 3- Masukkan Nombor TAC

Sebaik menerima nombor TAC melalui SMS, sila masukkan ke dalam ruangan yang tersedia untuk ke ruangan status permohonan. 


Dalam misi Kerajaan Pakatan Harapan untuk agihkan Bantuan Sara Hidup 2019 kepada yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai 2019 – 15 Ogos 2019.

Dengan wujudnya proses rayuan sebegini, sebahagian pemohon sebelum ini yang dikategorikan tidak layak, akan diberi peluang untuk kemukakan rayuan & juga perlu sertakan dokumen sokongan berkaitan untuk disemak serta disahkan semula oleh LHDNM.

Jika ada sebarang pertanyaan, orang awam boleh berhubung secara terus ke talian bebas tol di 1-800-88-2747 (BSH).

Sila Share...